Tuesday, July 20, 2010

KUMPULAN KATA-KATA BIJAK

Dari : (Khalifah Abdul Malik Marwan)

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang tdk sepatutnya

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau ditekuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.

Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

* Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

* Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak disemai dengan keberanian

* Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

* Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

* Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

* Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu bisa menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu bisa menjadi pandai

* Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,

* Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu waktu yang ditinggalkan

* Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

* Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

====SALAM IKHLAS======

No comments:

Post a Comment