Sebagaimana laki-laki mempunyai tanggung jawab dalam dakwah ini, maka begitu pula kaum wanita, mereka pun juga mempunyai tanggung jawab yang sama dalam dakwah. Nabi s.a.w ini adalah nabi untuk kaum laki-laki dan nabi untuk kaum wanita.
Nabi muhammad s.a.w, dalam kerja dakwah ini telah sediakan bukan hanya laki-laki, tetapi wanita dan kanak-kanak juga. Semua dibawa oleh Nabi s.a.w dalam kerja dakwah.
Sejarah membuktikan dalam setiap zaman yang nabi-nabinya dibantu oleh isteri-isteri mereka dalam kerja dakwah, maka kerja dakwahnya maju. Sedangkan Nabi-nabi yang tidak dibantu oleh isteri-isteri mereka maka dakwahnya susah tersebar.
Begitu besar kerja dakwah ini, maka Allah s.w.t nampakkan pengorbanan kaum wanita yang sangat banyak di zaman Nabi s.a.w. Terciptanya orang-orang besar menurut sejarah ini asbab adanya pengorbanan wanita. Nabi Musa a.s menjadi besar asbab dari pengorbanan ibunya. Begitu pula diwujudkannya kembali Ka’bah ini asbab adanya pengorbanan wanita iaitu Hajar a.s
Allah s.w.t tidak jadikan Nabi-nabi dari kaum wanita, tetapi Allah muliakan wanita dengan melahirkan Nabi-nabi a.s. Para Nabi a.s menjadi besar asbab tumbuh dari pangkuan wanita. Manusia dilahirkan tanpa bapak, ini boleh terjadi, tetapi orang lahir tanpa ibu, ini tidak mungkin terjadi. Isa a.s lahir tanpa ayah, tetapi tanpa ibu tidak mungkin lahir.
Apabila kefahaman agama ada pada kaum wanita, lalu mereka ikut terlibat dalam kerja dakwah ini, maka agama akan mudah tersebar.
Allah s.w.t ciptakan wanita ini dari tulang rusuk laki-laki. Dari tulang rusuk laki-laki sebelah kiri yang lebih dekat kepada hati. Inilah sebabnya wanita ini lebih dekat kepada laki-laki. Dan kaum wanita ini Allah s.w.t berikan kemampuan, iaitu apa yang dia inginkan di rumahnya, maka itulah yang akan di jalankannya. Sebagaimana Hawa a.s punya keinginan, maka adam a.s pun akhirnya mengikuti keinginan isterinya, yang akhirnya menyebabkan mereka dikeluarkan dari syurga oleh Allah s.w.t.
Asiyah isteri dari Firaun, menyampaikan keinginannya kepada Firaun agar bayi Nabi Musa a.s ini jangan dibunuh. Padahal Firaun sedar bahwa bayi inilah yang nanti akan menghancurkan kerajaannya. Maka kalau dia tidak bunuh bayi Nabi Musa a.s ini, suatu saat nanti akan menggulingkannya. Asbab mencari bayi Nabi Musa a.s ini, Firaun membunuh 70.000 bayi setiap tahun. Bayi yang tanpa dosa dibunuh oleh bala tentara Firaun, tetapi dengan sekali pujukan Asiyah, mampu mereda keinginan Firaun untuk membunuh bayi Nabi Musa a.s ini.
Allah s.w.t berikan kekuatan kepada kaum wanita yang mana dengan satu perkataan mereka, kaum lelaki mesti mengikutinya. Ini kerana apa? wanita ini lebih dekat ke hati kaum laki-laki. Jadi kaum wanita ini apabila meminta kepada suaminya untuk dibelikan sesuatu di pasar, tetapi salah beli, maka mereka mampu membuat suaminya ulang alik ke pasar berpuluh-puluh kali. Inilah kelebihan kaum wanita atas suaminya, boleh buatkan suaminya mengikuti apa pun permintaan dari isterinya.
Apabila wanita ini mempunyai keinginan yang tidak baik, selalunya di rumahnya tidak ada orang yang akan amalkan agama asbab keinginannya tersebut. Namun kalau mereka mempunyai keinganan yang baik, maka mereka akan dpt mengirim lelaki-lelaki mereka yang ada di rumah mereka keluar di jalan Allah s.w.t.
Jadi membentuk fikir kaum wanita ini sangatlah penting sekali, karena merekalah yang mengendalikan rumah kita. Untuk meluruskan fikir wanita ini dan jazbah (semangat) wanita ini ke arah agama, di sinilah pentingnya kita buat taklim rumah.
Kerja kaum wanita inilah yang akan membentuk suasana agama di rumah tersebut. Walaupun suaminya seorang yang soleh dan alim, tetapi kaum wanitanya tidak ada agama, maka suasana rumah akan mengikuti fikir wanita tersebut.
Apabila wanita di rumah ini tidak beragama, maka anak-anak pun, generasi berikutnya juga tidak akan beragama. Jika ini yang terjadi, maka kita tinggal menunggu waktu sahaja agama keluar dari rumah dan kehidupan kita.
Untuk dpt membentuk fikir wanita dan membuat suasana agama di rumah, maka di sinilah tanggung jawab suami tersebut. bila kaum wanita berikan banyak pengorbanan untuk agama, maka agama akan cepat berkembang dan maju, sebagaimana yang terjadi di zaman Nabi s.a.w. Maka yang pertama sekali menerima, memberi pengorbanan, dan memberi dorongan kepada Nabi s.a.w adalah seorang wanita iaitu isteri beliau, Khadijah r.ha.
Ketika Nabi s.a.w pertama kali menerima wahyu di gua Hira’, maka ketika pulang dalam keadaan ketakutan beliau kata kepada isterinya, “Selimuti aku…selimuti aku.” Kemudian setelah diselimuti , Khadijah r.ha bertanya, “ada apa gerangan wahai suamiku.” Nabi s.a.w katakan dengan ketakutan, “celaka aku…celaka aku.” Maka Khadijah r.ha mententeramkan suaminya, “Demi Allah wahai suamiku, Allah tidak akan menghinakan kamu. Bukankah engkau adalah orang yang suka membantu orang yang dalam kesusahan, membantu fakir miskin, mencintai anak yatim.” Nabi s.a.w ditarghib oleh Khadijah r.ha dengan menyebutkan kebaikan-kebaikan Nabi s.a.w. Orang yang baik seperti ini tidak mungkin dihinakan oleh Allah s.w.t.
Bahkan setelah itu untuk menenangkan Nabi s.a.w, khadijah mengajak Nabi s.a.w bertemu dengan kerabatnya iaitu ahli kitab bernama Waraqah bin Naufal. Setelah menceritakan kejadian yang dialami oleh Nabi s.a.w, maka Waraqah bin Naufal memberikan khabar gembira kepada Nabi s.a.w bahawa dia akan menjadi nabi bagi umat ini. Khadijahlah yang pertama kali beriman kepada Nabi s.a.w. Bahkan sebagai seorang wanita yang kaya raya beliau beriman kepada Nabi s.a.w. Khadijah r.ha katakan kepada Nabi s.a.w, “Wahai suamiku aku serahkan seluruh harta kekayaanku ini kepadamu. Maka gunakanlah seluruh hartaku ini sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.”
Harta Abu Bakar r.hu yang habis di jalan Allah ini datangnya kemudian, yang pertama mengorbankan harta di jalan Allah s.w.t ini adalah Khadijah r.ha. Bahkan dengan pengorbanan para wanita di zaman Nabi s.a.w, banyak orang besar Islam memeluk Islam asbab pengorbanan wanita.
Ikrimah r.hu putra dari Abu Jahal masuk Islam asbab dakwah isterinya
Umar r.hu masuk Islam asbab taklim adik perempuannya
Uthman r,hu masuk Islam asbab dakwah bibinya
Begitulah di zaman Nabi s.a.w, setiap wanita beriman menjadi da’i Allah s.w.t. Sebagaimana kaum laki-laki setelah mereka beriman kepada Nabi s.a.w, mereka terus melakukan kerja dakwah, begitu juga dengan kaum wanita.
Mujahadah yang dialami para Sahabat r.hum dalam berdakwah, juga dialami oleh sahabiah. Dalam keadaan yang sangat susah para sahabiah juga mengambil tanggung jawab dakwah yang sama dengan laki-laki.
No comments:
Post a Comment